RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya,
wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana
kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia
Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama
khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai
agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana
rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula
daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu,
Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan
British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan
pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu
dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh
kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan
tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun
menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk
Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu
mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.
Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya”
muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk
menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk
persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura
(KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun
1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun
telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis
Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan
membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa
British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan
British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka
cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang
hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan
UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai
bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai
kemerdekaannya
Kemerdekaan Tanah
Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan
kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya
membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan
pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian
London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa
Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
No comments:
Post a Comment