TUJUH SIMBOL ASAS MALAYSIA
Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas
Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanak-kanak, baginda menyeru
semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru
ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:-
|
BANGUNAN PARLIMEN
- Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi
berparlimen berdasarkan pilihan rakyat.
|
|
|
MASJID NEGARA
- Menjadi tugu kebebasan beragama kerana semua rakyat dan
bangsa menyumbangkan wang bagi pembinaannya, selain wan yang diperuntukkan
oleh kerajaan
|
|
|
KOLEJ UNIVERSITI DAN INSTITUSI
PENGAJIAN LAIN
- Melambangkan keyakinan kita terhadap pelajaran dan usaha
memberi ilmu kepada rakyat
|
|
|
STADIUM MERDEKA DAN STADIUM NEGARA
- Menjadi simbol tentang kepercayaan kita bahawa otak yang
cergas terdapat pada tubuh yang sihat dan simbol bagu usaha mempuk persahabatan
melalui sukan
|
|
|
TUGU NEGARA
- Menjadi simbol semangat dan pengorbanan rakyat dalam
mempertahankan negara
|
|
|
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
- Menjadi simbol kekayaan warisan dan kedudukan istimewa
Bahasa Kebangsaan, yang menjadi bahasa rasmi Malaysia.
|
|
|
MUZIUM NEGARA
- Menjadi simbol utama usaha membina kebudayaan nasional.
|
Sumber: Buku Coretan Kenangan-Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj (terjemahan daripada buku Looking Back tulisan Tunku)
No comments:
Post a Comment