Parlimen Malaysia melambangkan
keutuhan demokrasi berparlimen
Sistem Demokrasi
Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan
syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi
Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu,
ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah
bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian
kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan
lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia
yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan
oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan
buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara
adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi
Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut
nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua
Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri
Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat
Mengangkat Sumpah mememang jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006
(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan
Malaysia)
Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh
Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara
persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap
penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau
bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh
yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang
tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan
terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas
Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan
sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen,
Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah
diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak
lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya
Struktur Parlimen
Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
No comments:
Post a Comment